Terima Kasih Cikgu...
Assalamualaikum...Terima Kasih cikgu...
itu la kata kata yang biasa didengar selepas seseorang cikgu selesai menjalankan tugasnya mendidik anak bangsa.....boleh dikata tiap-tiap hari kita akan mendengar kata2 ini...sebagai seorang pendidik tidak kira la diperingkat atau tahap mana pengajaran anda mendidik anak bangsa, banyak pengalaman pahit dan manis yang dihadapi...dengan karenah pelajar yang semakin lama semakin pandai,berani dan tidak kurang yang melampau...pening kelapa dibuatnya...ada sesetengah pelajar yang memilih "bulu" atau lebih mudah suka memilih cikgu yang dia suka...kalau dia suka cikgu tu...insyallah dia tidak akan ponteng kelas.tetapi jika dia meluat dengan cikgu tu maka banyak pulak karenahnya...jadi antara sikap cikgu atau pendidik yang dibenci adalah
1. Garang - maknanya suka membebel, tidak pernah melemparkan senyum, suka memerli dan mudah hilang sabar.
2. tidak membantu kerja2 sekolah dan tidak menerangkan pelajaran dan tugasan dgn jelas serta bekerja tanpa perancangan.
3. Berat sebelah- pilih kasih dan menyukai pelajar tertentu
4. Sombong- angkuh, dan susah menerima pandangan orang lain.
5. Tiada pendirian- keras kepala, tidak bertimbang rasa dan bersifat terlalu tegas.
6. Tidak memberikan perhatian terhadap perasaan pelajar -memalukan pelajar di hadapan teman sekelas dan memanjangkan masa pembelajaran.
7. Tidak berminat- mengenali latarbelakang pelajar.
jadi kita ada ke dalam kategori tersebut...: )

0 Comments:
Post a Comment
<< Home