Friday, September 09, 2005

menjadi lebih kreatif dari org lain

Contohi ciri ciri orang kreatif
>>Org kreatif adalah yang berjaya dgn pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan. Mrk kebanyakannya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil risiko dan mempunyai imaginasi yang tinggi.

Bukalah pintu minda anda
>>Jangan cepat menolak sesuatu idea. Otak yg kreatif seperti ikan bernafas didlm air. Ikan menyedut semua air, dan kemudian barulah insang akan memerangkap oksigen yg ada di dlm air. Ikan tidak memilih dan cerewet. Ikan tidak menutup mulutnya. Begitu juga dgn anda. Bukalah minda anda.

Lupakan logik buat sementara
>>oleh kerana terlalu logik, ramai org gagal untuk berkreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. tetapi kreatif bukan tentang perkara yg sudah ada. Kreatif ialah perkara yang belumada, atau belum wujud. Jika idea itu berada dimana mana; itu belum kreatif namanya.

Berfikir gila-gila. Bukannya gila, tetapi gila-gila
>>Byk kegunaan hari ini yang tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Scheineder terfikir bolehkah untuk makan di restoran tanpa membayar? Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner's Club. Cuba bayangkananda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, boleh menjadi kamera , kalkulator, jam penggera, jam randek, diari, bahkan boleh menghantar fakx. Sudah pasti org lain cakap itu idea gila, iaadalah idea gila-gila. Tetapi idea itu tidak gila; ia adalah idea gila-gila. Dan hari ini , kita menggunakan telefon bimbit lebih daripada itu.

Anda tidak perlu mempertahankan idea anda
>>Dalam berkreatif, yang penting keluarkan idea. tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Org lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika di peringkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. yang penting ialah ; IDEA!!

Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif
>>Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif sudah dikira suatu kejayaan. Mungkin anda tidak berjaya buat kali pertama, namun ia bukanlah satu kegagalan. Asalkan cubaan anda itu tidakmenyebabkan kerosakan kpd org lain. Ingat, antara ciri org yang kreatif ialah Istiqamah dan tidak takut pada masalah. Adakah anda sudah lupa??

Benarkan diri anda melakukan kesilapan
>>Memanglah org yang mengikut kebiasaan selalunya tidak membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah kepada kesilapan. Jika anda 'menghalang' diri anda drp melakukan kesilapan, anda tidak akan buat sesuatu yg baru, dan anda tidak akan berkreatif. jadi, jangan 'kongkong' diri anda. Maafkan diri anda jika ianya tersilap semasa cubaan kreatif.

Jika perlu Ulang dan ulang
>>Setiap kali tidak menjadi idea yang dicetuskan, jgn terus mengalah dan buat benda yg lain pula. Ingatlah, tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama lamanya. Kenal pasti kekurangan dan kelemahan ygmungkin wujud dan perbaikilah utk percubaan sekali lagi. Jangan cepat mengalah dan beralih angin. Jgn hangat hangat tahi ayam.

Belajar teknik berfikir
>>Anda harus faham bahawa berfikir adalah satu kemahiran bukan semulajadi. Anda perlu belajar dan berlatih.Jgn anggap keputusan yg baik dlm peperiksaan menunjukkan bahawa anda seorang yg bijak berfikir. Itu belum tentu!!!! Belajarlah bagaimana utk berfikir dengan bijak. Pemikiran Lateral by Edward De Bono adalah salah satu teknik berfikir yang baik utk dipelajari.

Petikan dari kata2 George bernard Shaw, "Jika anda mempunyai sebiji epal dan saya mempunyai sebiji epal, dan kita saling bertukar tukar epal tersebut; maka anda dan saya masih mempunyai sebiji epal. Tetapi jika andamempunyai satu idea dan saya satu idea, dan saling bertukar idea; maka anda dan saya sudah mempunyai dua idea'.

[ehsan dari mingguan wanita]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home