Tuesday, August 16, 2005

6 gaya bercinta

Ketahui ada 6 gaya atau tingkah laku orang bercinta :

Kajian menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa dialami oleh individu yg sedang bercinta iaitu EROS, LUDUS, STORGE, MANIA, AGAPE dan PRAGMA. Bagaimana pon perlakuan dan gaya cinta individu tidak terhad kepada satu gaya shj dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yg berbeza.

1. Gaya EROS
>>diklasifikasikan sebagai cinta romantik. daya tarikan fizikal diutamakan dlm jenis cinta ini iaitu cinta pandang pertama. Cinta jenis ini juga bercirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yg kuat dan mereka yg mengayakan cinta jenis ini ingin menikmatikan kegemilangan dlm cintanya.

2. Gaya LUDUS
>>adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yg mempunyai ciri-ciri mementingkan diri sendiri, suka mengoda tetepi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yg terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak rahsia.

3. Gaya STORGE
>>individu yang lebih menitik-beratkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yg mendalam dalam hubungannya. Mereka yg sebegini dikategorikan sebagai individu yg menggayakan cinta storge iaitu cinta kawan karib di mana perasaan itu dihasilkan drp perhubungan erat dan mesra yg sudah lama terjalin. Mereka yg berada dlm kategori ini dikatakan lebih logik di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

4. Gaya Mania
>>Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dgn cara keterlaluan atau melampau digelar cinta Mania. Mereka ini mahukan rasa memiliki dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan sentiasa berada dlm kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

5. Gaya
Pragma

>>iaitu cinta logik adalah cinta yg lebih praktikal dan realistik. Individu yg menggayakan cinta jenis ini suka akan memikirkan keuntungan peribadi dlm perhubungan mrk. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mrk dgn pasangan yg ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar benar layak utknya.

6. Gaya Agape
>>adalah cinta pengorbanan. individu yg mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan drp org yg dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dgn sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yg berada dlm kategori ini sering ditindas atau dimanupulasikan oleh pasangan. Bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yg tidak disengajakan.


[ehsan dari Mingguan Wanita]

Wednesday, August 10, 2005

citer sedih

Assalamualaikum bloggers...
>>mmmm...pagi nie akak dikejutkan ngan satu cerita..benar....yang tak pernah ku sangka...rupanya cempedak dah jadi nangka...
>>apa tak nye kalau citer baik allhamdulilah, nie cerita tak baik....
>>tak baik sungguh kwn aku tu...kawan lelaki masa kat UiTM, Yan pasti kenal kan...akak dah sms kan..syshhhhhhhh... dulu masa kat uitm dia nie baik laaaa sungguh awek yg kini janda dia, punya laaaa caring n loving.....
>> tup tup laaaa nie dah bercerai...aku terperanjat ler....terkejut beruk....
>>sebenarnya aku pun tak tau kalau ex wife dia nie minta kerja kat cosmopoint....terjumpa laaa pagi tadi....macam jejak kasih pulak....
>>masa jumpa aku, dia terus peluk aku n menangissss...n start cerita....aku nie tau jer laaaa susah nak menangis...tapi pagi tu wah begitu mudah air mata aku nie mengalir...buka apa paling sedih dia berpisah ngan laki dia[yg kawan aku n Yan n Ad masa kat uitm....kalau boleh tak nak ngaku kawan nie malu siuttttt...] dia baru habis pantang bersalin...waaaaaa...cian nya diaaaaa......
>>geram betul laaaa...temper....
>>so geng apa nak buat ngan lelaki macam tu.....