Thursday, June 08, 2006

Demam World Cup 2006

Assalamualaikum...haiii blogger, yaaa i'm back...
ada yg kata berhabuk laaa, berkarat laaaa....ok lahhhh...nie dah bagi sapu n lap n mop..bagi dia kilat sikit...ni pon sempena World Cup 2006 German...hehhehe kalau tak berat gak nak sapu blog nie...
>>rasa seronok pesta bola dunia nak mula...sapa yg kaki bola tu pasti tak tinggal...kite nie tak laa dianggap kaki bola sangat...tapi bila ada pasukan favorite ada game...mmmm boleh tahan laaa nak jaga...tak pon bola tengok kite...:)..nasib laaaa....
>>tu belum citer pasukan favorite mana boleh menang world cup 2006...tapi rata2 kata BRAZIL...maybe laaa..tapi bagi ler tumpuan kat Argentina ke Belanda ke atau Itali mungkin...tak pon pasukan tuan rumah...

Joy, Elation, Emotion [dia punye slogan or tagline]

LOGO RASMI






WALLPAPER

Tuesday, January 03, 2006

happy new year



Assalamualaikum...geng...
i'm backkkkk.....hahahahha..
lama menyepi kan diri kan....
so sekarang nie tahun baru...so update laaa blog nie...
asyik kena bom...jer ngan diaorg nie..tak larat telinga dengar...
>>AZAM baru...kawan kawn ku...yg pastinya...ITA n ZAi, akak tau azam baru hang...hehehehehe...tunggu jer ler..lepas 5 jan nie...yg lain tu tak pasti ler...
>>WELCOME to Cosmopoint Fadilla n Zakiah...terima kasih sebab belanja PIZZA HUT...haaa..cam nie baru ler sah jadi ahli club lecturer paling gonjossss kat cosmo...:P

Friday, September 09, 2005

Halangan adalah cabaran

"Manusia sering kali mengundur diri apabila menghadapi rintangan dan cabaran sedangkan hanya satu langkah sahaja untuk menghampiri kejayaan. Tidak ada seorang pun yang boleh berjaya kalau dia tidak memiliki ketekunan yang kuat untuk menyingkirkan segala penghalang..."

Dalam apa juga perkara yang kita lakukan, jika dengan kesungguhan kita tidak perlu gentar pada kegagalan kerana kegagalan kadangkala satu pelajaran manis buat kita. Cuba bayangkan jika kita tidak pernah gagal??? Dapatkah kita menghargai kejayaan atau tahukah kita erti kejayaan itu.

Antara perkara yang perlu kita ketahui adalah bagaimana mahu mengubah halangan itu untuk mengukuhkan semangat kental dalam mengejar kejayaan. Keteguhan jiwa adalah unsur utama kita dalam melebarkan sayap kemenangan dan kejayaan...

menjadi lebih kreatif dari org lain

Contohi ciri ciri orang kreatif
>>Org kreatif adalah yang berjaya dgn pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan. Mrk kebanyakannya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil risiko dan mempunyai imaginasi yang tinggi.

Bukalah pintu minda anda
>>Jangan cepat menolak sesuatu idea. Otak yg kreatif seperti ikan bernafas didlm air. Ikan menyedut semua air, dan kemudian barulah insang akan memerangkap oksigen yg ada di dlm air. Ikan tidak memilih dan cerewet. Ikan tidak menutup mulutnya. Begitu juga dgn anda. Bukalah minda anda.

Lupakan logik buat sementara
>>oleh kerana terlalu logik, ramai org gagal untuk berkreatif. Fikiran logik biasanya berguna ketika mengkritik perkara yang sudah ada. tetapi kreatif bukan tentang perkara yg sudah ada. Kreatif ialah perkara yang belumada, atau belum wujud. Jika idea itu berada dimana mana; itu belum kreatif namanya.

Berfikir gila-gila. Bukannya gila, tetapi gila-gila
>>Byk kegunaan hari ini yang tercetus kerana pemikiran gila-gila. Rudolph Scheineder terfikir bolehkah untuk makan di restoran tanpa membayar? Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama, Diner's Club. Cuba bayangkananda hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar, boleh menjadi kamera , kalkulator, jam penggera, jam randek, diari, bahkan boleh menghantar fakx. Sudah pasti org lain cakap itu idea gila, iaadalah idea gila-gila. Tetapi idea itu tidak gila; ia adalah idea gila-gila. Dan hari ini , kita menggunakan telefon bimbit lebih daripada itu.

Anda tidak perlu mempertahankan idea anda
>>Dalam berkreatif, yang penting keluarkan idea. tidak perlu untuk mempertahankan idea anda. Org lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif ketika di peringkat perah minda. Tidak perlu hujah dan dalil. yang penting ialah ; IDEA!!

Galakkan diri anda untuk mencuba sesuatu yang kreatif
>>Tidak kira sama ada ia berjaya atau tidak; mencuba sesuatu yang kreatif sudah dikira suatu kejayaan. Mungkin anda tidak berjaya buat kali pertama, namun ia bukanlah satu kegagalan. Asalkan cubaan anda itu tidakmenyebabkan kerosakan kpd org lain. Ingat, antara ciri org yang kreatif ialah Istiqamah dan tidak takut pada masalah. Adakah anda sudah lupa??

Benarkan diri anda melakukan kesilapan
>>Memanglah org yang mengikut kebiasaan selalunya tidak membuat kesilapan. Tetapi itu tidak kreatif. Apabila anda melakukan sesuatu yang baru, anda akan terdedah kepada kesilapan. Jika anda 'menghalang' diri anda drp melakukan kesilapan, anda tidak akan buat sesuatu yg baru, dan anda tidak akan berkreatif. jadi, jangan 'kongkong' diri anda. Maafkan diri anda jika ianya tersilap semasa cubaan kreatif.

Jika perlu Ulang dan ulang
>>Setiap kali tidak menjadi idea yang dicetuskan, jgn terus mengalah dan buat benda yg lain pula. Ingatlah, tidak berjaya kali pertama tidak bererti gagal untuk selama lamanya. Kenal pasti kekurangan dan kelemahan ygmungkin wujud dan perbaikilah utk percubaan sekali lagi. Jangan cepat mengalah dan beralih angin. Jgn hangat hangat tahi ayam.

Belajar teknik berfikir
>>Anda harus faham bahawa berfikir adalah satu kemahiran bukan semulajadi. Anda perlu belajar dan berlatih.Jgn anggap keputusan yg baik dlm peperiksaan menunjukkan bahawa anda seorang yg bijak berfikir. Itu belum tentu!!!! Belajarlah bagaimana utk berfikir dengan bijak. Pemikiran Lateral by Edward De Bono adalah salah satu teknik berfikir yang baik utk dipelajari.

Petikan dari kata2 George bernard Shaw, "Jika anda mempunyai sebiji epal dan saya mempunyai sebiji epal, dan kita saling bertukar tukar epal tersebut; maka anda dan saya masih mempunyai sebiji epal. Tetapi jika andamempunyai satu idea dan saya satu idea, dan saling bertukar idea; maka anda dan saya sudah mempunyai dua idea'.

[ehsan dari mingguan wanita]

ramuan jumaat

Wanita penuh dengan kelebihan

1. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, dia hafa; seluruh pertanyaan.

2. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya

3. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

4. Wanita lebih cepat drp lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

5. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia mengingatkan sesuatu.

6. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika dia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang mulia

7. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

8. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

9. Tidak mungkin seorg lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

10. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

11. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

12. Seorang wanita yang bijaksana menembahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangkan garam pada setiap ucapan suaminya.

Tuesday, August 16, 2005

6 gaya bercinta

Ketahui ada 6 gaya atau tingkah laku orang bercinta :

Kajian menunjukkan terdapat enam jenis cara gaya cinta yang biasa dialami oleh individu yg sedang bercinta iaitu EROS, LUDUS, STORGE, MANIA, AGAPE dan PRAGMA. Bagaimana pon perlakuan dan gaya cinta individu tidak terhad kepada satu gaya shj dan boleh berubah mengikut masa dan pasangan yg berbeza.

1. Gaya EROS
>>diklasifikasikan sebagai cinta romantik. daya tarikan fizikal diutamakan dlm jenis cinta ini iaitu cinta pandang pertama. Cinta jenis ini juga bercirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yg kuat dan mereka yg mengayakan cinta jenis ini ingin menikmatikan kegemilangan dlm cintanya.

2. Gaya LUDUS
>>adalah cinta permainan. Ia digambarkan dengan individu yg mempunyai ciri-ciri mementingkan diri sendiri, suka mengoda tetepi tidak inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yg terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak rahsia.

3. Gaya STORGE
>>individu yang lebih menitik-beratkan perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yg mendalam dalam hubungannya. Mereka yg sebegini dikategorikan sebagai individu yg menggayakan cinta storge iaitu cinta kawan karib di mana perasaan itu dihasilkan drp perhubungan erat dan mesra yg sudah lama terjalin. Mereka yg berada dlm kategori ini dikatakan lebih logik di mana perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.

4. Gaya Mania
>>Individu yang menunjukkan kecintaan mereka dgn cara keterlaluan atau melampau digelar cinta Mania. Mereka ini mahukan rasa memiliki dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan. Mereka juga mengawal dan mengongkong pasangan, cemburu buta dan sentiasa berada dlm kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

5. Gaya
Pragma

>>iaitu cinta logik adalah cinta yg lebih praktikal dan realistik. Individu yg menggayakan cinta jenis ini suka akan memikirkan keuntungan peribadi dlm perhubungan mrk. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mrk dgn pasangan yg ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar benar layak utknya.

6. Gaya Agape
>>adalah cinta pengorbanan. individu yg mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan drp org yg dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dgn sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yg berada dlm kategori ini sering ditindas atau dimanupulasikan oleh pasangan. Bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yg tidak disengajakan.


[ehsan dari Mingguan Wanita]

Wednesday, August 10, 2005

citer sedih

Assalamualaikum bloggers...
>>mmmm...pagi nie akak dikejutkan ngan satu cerita..benar....yang tak pernah ku sangka...rupanya cempedak dah jadi nangka...
>>apa tak nye kalau citer baik allhamdulilah, nie cerita tak baik....
>>tak baik sungguh kwn aku tu...kawan lelaki masa kat UiTM, Yan pasti kenal kan...akak dah sms kan..syshhhhhhhh... dulu masa kat uitm dia nie baik laaaa sungguh awek yg kini janda dia, punya laaaa caring n loving.....
>> tup tup laaaa nie dah bercerai...aku terperanjat ler....terkejut beruk....
>>sebenarnya aku pun tak tau kalau ex wife dia nie minta kerja kat cosmopoint....terjumpa laaa pagi tadi....macam jejak kasih pulak....
>>masa jumpa aku, dia terus peluk aku n menangissss...n start cerita....aku nie tau jer laaaa susah nak menangis...tapi pagi tu wah begitu mudah air mata aku nie mengalir...buka apa paling sedih dia berpisah ngan laki dia[yg kawan aku n Yan n Ad masa kat uitm....kalau boleh tak nak ngaku kawan nie malu siuttttt...] dia baru habis pantang bersalin...waaaaaa...cian nya diaaaaa......
>>geram betul laaaa...temper....
>>so geng apa nak buat ngan lelaki macam tu.....

Saturday, July 30, 2005

update blog

Assalamualaikum bloggers...
>>hahahha...akhirnya dapat jugak akak meng 'update' blog nie...dah dekat sebulan laaa...start mak akak masuk hospital...cuti dah ler lama gak...dekat seminggu [plus sabtu n ahad:)]
>>pas tu campur dengan tak sihat nya...mood pon kejap ada kejap tak der...kelas kat sharp...lagi laaaa buat aku nie rasa bertambah sakit...waaaaaa....tapi alhamdulillah laaaa kelas tu dah habis n tiba tiba kesan tak sihat tu hilang...bertambah lega sekarang nie....adakah itu kesan tension!!!!!!!! sila jawab...jangan tak jawab....
>>untuk YAN...alaaa jangan ler kecik hati...sebab gambar tak der....nanti akak scan gambar masa kite kat UiTM ok....hahahhahah....zaman2 kite tak glamor....kuang2...
>>nie nak citer sikit....aku punye laaa geram...kelas last kat sharp...ada sorg mamat engineer...tu, dah laaa aku sorang...dia menunjukkan kebosanannya...mentang2 laaa regu aku tak der, dia pon boring...time regu aku ada, banyak ler soalan dia tanye, time regu aku tak der dia menikusss...sepatah haram pon tak bertanye....lagi sakit hati nie, dia boleh tido pulak tu...ya allah punye laaaa geram...budak lain tu ok....iye laaa awk tu memang dah ada basic, tapi sabar sikit bagi org lain peluang tuk buat...
>>yg buat aku sakit hati gilors tu bila dah habis kelas...dah laaa last class dia sorang....bla macam tu jer...tanpa kata terima kasih...biadap betul....kita buka laaa nak suruh dia hormat atau apa, tapi mana letak kesopanan dan kesantunan tu...pehhhh!!!!! mati hidup balik mintak jangan jumpa org cam tu lagi....ego tinggi siot!!!!!!

>>olynn akak mintak maaf yee....pen drive tertinggal kat SHARP, nanti hari isnin kita pegi ambik....waaaaaaa...sharp lagi....ingat tak jejak lagi.....bosan gilos...
>>mmm...satu lagi...malam nie konsert last tuk final...jgn lupa tengok...k, sifu kata nak pilih 4 tuk final iye...iye jer.....macam tak caya jer kan...ntah apa2 jer astro....
>>world....prupppp....slumber....
>>ok nak berhenti berkicau nie...bye.

Wednesday, July 06, 2005

3_dara


bergaya di pangkin bawah pokok ciku Posted by Picasa

Assalamualaikum...
>>haaa nie adalah anak sedara akak...yang dua orang tu adik ngan kakak...baju oren ngan baju merah...baju biru tu sepupu diaorg...
>>teringat anak sedara olynn ada yg sorang tu hampir serupa macam yg pakai baju merah...sapa nama dia eisya..yek...sori kalau salah nama tu...

update_blog

Assalamualaikum...bloggers
>>haaa..dah lama tak menulis kat blog nie..
sejak buat tagboard...
mmm...tugasan terbaru...kena pegi SHARP Roxy dengan ITA...steady la ITA...

handle course Adobe Photoshop..ingatkan dah tak nak request software nie...al maklum lah...kilang mana guna software2 camnie...buang karan jer...
>>tapi diaorg request lagi la pulak...arrrrrrrrrrrr...boring tahap dewa nie..[bak kata niza..]
penat...laaa melayan kan diaorg...basic zero...
>>sesi pagi...agak boring...sebab..tak der yg handsome...sesi petang tu...ok laaaa...
ada laaaa engineer tu handsome...bersemangat laaa jugak aku n si Ita...dia sorang jer yang dah tau basic...mmmm....yg lain hampehhh...tapi kan kesian laaaa..tak leh laaaa kata cam tu kan..apa laaa gue nie...tak baik..
>>diaorg pon inginkan pembaharuan gak..w/pon operator pengeluaran...seiring dengan kemajuan negara dalam bidang IT betul tak !!! [sebenarnya nak pujuk hatiku yg sedia boring nie...]
>>ITA came on....semangat sikit...SHARP...SHARP..SHARP....